Ahad, 6 April 2014

Gerakan Awal DAP, Kerjaan Perlu Ambil Teladan

30 March 2014, 12.00pm Sabtu, Kampung Bunan Tembawang, Serian, Sarawak. Parti Demokrasi Rakyat (DAP) sekali lagi telah berjaya melancarkan Program Impian Sarawak yang bertempat di Kampung Bunan Tembawang semalam. Program yang berjalan selama 1 minggu itu telah berjaya menghasilkan saluran air paip bersih ke Kampung Bunan Tembawang untuk kegunaan asas penduduk setempat. Dengan penglibatan aktivis dan sukarelawan DAP dari seluruh negeri, program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Dianggarkan seramai 80 orang telah menghadiri penutupan majlis program impian Sarawak tersebut termasuklah penduduk setempat.
                Mengulas mengenai Program Impian Sarawak yang lancarkan, YB Liow Cai Tung dalam ucapannya berkata ‘Pihak kerajaan seharusnya sedar akan kesusahan yang dialami oleh penduduk di pendalaman, bukan hanya sekadar mengkritik program-program yang dianjurkan oleh pihak pembangkang’. Hal ini di sambut baik oleh masyarakat setempat di mana setelah 47 tahun Sabah dan Sarawak merdeka di dalam Malaysia namun mereka masih hidup dalam kesusahan walhal pihak kerajaan tidak memenuhi tuntutan mereka untuk mendapatkan bekalan air paip yang bersih.
                Menggunakan teknologi ‘ waterfall air presure’ , air bersih daripada air terjun berdekatan dapat digunakan sebagai sumber untuk menyalurkan air bersih tersebut ke Kampung Bunan Tembawang. Menurut pengerusi kampung En.Seiril ‘penduduk Kampung Bunan Tembawang sekian lamanya telah memohon daripada pihak kerajaan akan keperluan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik, dan juga saluran air paip, namun tiada tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan”.  Oleh itu, Parti Demokrasi Rakyat (DAP) terpanggil untuk membantu masyarakat di kampung tersebut di dalam Program Impian Sarawak, “projek sebegini sepatutnya dilakukan oleh pihak kerajaan, namun kita sedia maklum pihak kerajaan hanya memikirkan projek yang menelan wang berjuta-juta tapi kualiti projek tersebut hanya tidak menepati dengan perbelanjaannya” YB Tan Hong Pin ahli (Ahli Dewan Negeri Johor) mengulas dalam ucapannya di sini semalam.
                Program Impian Sarawak merupakan program yang terbuka untuk rakyat Malaysia turut serta di dalamnya. Berucap dalam majlis penutupan program tersebut YB Tan Wong Pin berkata “tidak kiralah dia ahli UMNO, ahli PAS, ahli BN, atau siapa sahaja dia, kita boleh duduk satu meja melakukan program ini bersama-sama “ itulah yang sepatutnya dilakukan oleh pihak kerajaan. Kami sempat bertanyakan kepada penduduk kampung mengenai program yang dijalankan “kami sangat-sangat terhutang budi terhadap DAP dan akan selama-lamanya mengundi DAP” (nama pak cik).  Jika kita melihat kepada trend politik semasa di dalam negara kita, Barisan Nasional (BN) yang merangkap parti yang memerintah Kerajaan Malaysia lebih tertumpu pada politik pembangunan dan penyatuan pelbagai etnik. Namun, untuk melaksanakan politik pembangunan dan penyatuan pelbagai etnik tersebut perlulah bermula dengan memenuhi keperluan asas rakyat yang menjadi tulang belakang kemajuan dan penyatuan pelbagai etnik untuk mewujudkan impian “Negara Bangsa” yang dilaungkan oleh Perdana  Menteri Malaysia ke-4.

                Menjawab soalan yang  diajukan mengenai tujuan asal Parti Tindakan Demokrasi (DAP) memilih untuk membuat program di kawasan pendalaman bukannya tertumpu pada kawasan bandar? YB Tan Hong Pin berkata “sudah tiba masanya parti-parti politik untuk turun padang melihat rintihan rakyat pendalaman kerana mereka inilah pengundi yang sering kali diabaikan oleh pihak parti pemerintah”. Tertarik dengan komen yang dilontarkan oleh bekas tentera dari penduduk tempatan di kampung tersebut berkata “sewaktu pembentukan Malaysia, Indonesia menyerang kampung bunan ini, saya dan 3 lagi rakan saya berjuang di medan ini. Sedihnya melihat 3 kawan saya dibunuh oleh askar Indonesia, tetapi apakah usaha kerajaan dalam menghargai pengorbanan mereka?  Hal ini jelas menunjukkan betapa mereka sedih akan kelalaian pihak kerajaan dan hanya mengambil peduli masalah mereka apabila musim pilihan raya tiba.

                Program Impian Sarawak pada kali ini ternyata memberi impak yang besar pada keyakinan masyarakat setempat mengenai pentingnya mengetahui tentang perkembangan arus politik negara dan pentingnya untuk memilih parti politik yang sebenar. Program tersebut ditangguhkan pada jam 3.00pm sebelum sukarelawan Parti Tindakan Demokrasi pulang ke tempat asal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan